Wednesday, August 31, 2011

RAYA PERTAMA

Peh.................................
Tak perlu diberi tahu lagi...
Dengan penuh segak berdiri...
Berbaju Melayu di Hari Raya Aidilfitri ini ialah.......




MOHAMAD ADIB BIN ABDUL HARIS.

Dihari raya pertama..
Aku dipakaikan dengan baju Melayu..
Baju Melayu berwarna pink..
Tetapi tidak bersongkok sebab tak ada..

Selesai berpakaian baju Melayu..
Aku bersalaman memohon maaf dengan keluarga aku..
Dan bersiap untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri..
Khutbahnya menceritakan tentang berjimat..


Ramai kata raya tahun nie macam tak 'best'...
Ramai kata raya tahun nie macam tak ada 'feeling'...

Raya nie sebenarnya korang rasa macam tu sebab apa??
  • Sebab lepas raya korang dah nak ada peperiksaan..
  • Sebab korang rasa duit raya dapat sikit daripada orang lain..
  • Sebab korang dah besar.. (memey la.. tak kan mengecil pulak) sebenarnya korang bandingkan masa raya waktu korang kecil ngan waktu sekarang yg korang sudah besar... (memey la lain)
  • Ikut orang lain cakap.. orang kata tak 'best'.. korang pun ikut la..
  • Korang sendiri yang rasa tak ada 'feeling' tu.. memang jadi tak ada 'feeling' la..
~Nak seribu daya, Tak nak seribu dalih..... ~ Fahamkan..????


Di sini SAYA ingin mengambil kesempatan...
Dengan memberi ucapan raya SAYA sendiri..

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin..
Moga kita diberi keberkatan di Hari Raya tahun ni..


Selamat Hari Kemerdekaan negara Malaysia yang ke-54..
Semoga dengan kemerdekaan ini memberikan kita semangat cinta akan negara..

Nak pantun ke.. tapi negeri yang aku beraya jela ekk.. JOHOR dengan KEDAH jela..

Cegitu cegini awak suke ekk,
Awak suke kite tak suke ekk,
Esok lusa hari raye ekk,
Sama-sama bersuke ria ekk..

Alor Staq terketaq-ketaq,
Lapar perut makan pau,
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi ang pau..


P/S:"Dab hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan ALLAH (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur" Surah Al-Baqarah [Ayat 185].. Sekian.. Wassalam.. :-)









Monday, August 22, 2011

NAFSU

Maksud puasa:-
-Menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari...

Bukan setakat makan dan minum...
Tapi yang paling utama ialah NAFSU...
NAFSU yang perlu kita kawal masa berpuasa di bulan Ramadan..

Dulu ustaz aku ada cerita pasal NAFSU..
Ceritanya begini kalau tak silap aku la...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3... 2.. 1. Mula................

Pada ketika itu..
Allah telah mencipta satu makhluk nie..
Setelah selesai Allah menciptanya..
Maka Allah pun bertanya kepada makhluk tersebut..

ALLAH: Siapakah aku dan siapakah engkau..
MAKHLUK: Kau adalah kau dan aku adalah aku..
Lalu Allah menyuruh malaikat memasukkan makhluk tersebut ke dalam neraka yang paling panas iaitu Neraka Jahanam selama 1000 tahun.. (kalau tak silap aku..)

Setelah habis tempohnya diazab di dalam neraka..
Maka Allah kembali menyoal makhluk tersebut..

ALLAH: Siapakah aku dan siapakah engkau..
MAKHLUK: Kau adalah kau dan aku adalah aku..

Allah menyuruh malaikat memasukkan makhluk tersebut ke dalam Neraka Jahanam selama 1000 tahun lagi untuk diazab kerana tidak mengaku Allah sebagai tuhannya..

Setelah habis tempoh diazab di dalam neraka..
Maka Allah kembali menyoal makhluk tersebut sekali lagi..

ALLAH: Siapakah aku dan siapakah engkau..
MAKHLUK: Kau adalah kau aku adalah aku..

Sekali lagi Allah menyuruh malaikat memasukkan makhluk tersebut ke dalam Neraka Jahanam selama 1000 tahun tetapi tanpa memberi makan dan minum.

Setelah habis tempoh diazab di dalam neraka..
Maka Allah kembali menyoal makhluk tersebut sekali lagi..

ALLAH: Siapakah aku dan siapakah engkau..
MAKHLUK: Engkau adalah tuhan ku.. Aku adalah ciptaan-Mu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Makhluk tu NAFSU la ekk..
Kuatnya NASFU betul tak..
Sampai tak beri makan dan minum baru dia mengalah..

Rasanya sebab ape kita diwajibkan berpuasa di bulan RAMADAN..??
Sebab orang terdahulu wajib berpuasa jadi kita pun wajib berpuasa la ekk..
Bukan tu jer.. sebab untuk kita melatih nafsu supaya tak terikut dengan nafsu sahaja..
Sebab tu la kita kena puasa sebab nafsu kalah tanpa makan dan ninum jugak..


Dah berapa hari kita puasa..
Rasa-rasanya kuat ke kita sebab dapat lawan NAFSU??
Insya-ALLAH kita boleh lawan NAFSU kita ni dari perkara-perkara tak berfaedah k..


p/s: Firman Allah S.W.T ("Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)." (Q.S. An-Nazia'at 40-41).. Sekian.. Wassalam.. :-)

Tuesday, August 9, 2011

CENDOL+PULUT+KACANG MERAH+JAGUNG+AIS KRIM


Alhamdulillah..
Sudah ramadan yg ke-9..
Sudah terawih yg ke-10..

Habis je solat Terawih dan Witir...
Aku ngan kawan aku bermohreh la..
Makan la kiuh-muih yang dah disediakan..

Tapi bukan nie yang aku nk ceritakan..
tengok tajuk la...

Kawan aku nie ajak aku teman dia cari HSBC bank kat Wangsa Maju yang baru bkak tu...
Keliling Wangsa Maju mencari..
Akhirnya jumpa jgak la HSBC bank.. (biasa la.. cerita mesti la berakhir ngan kejayaan)

TAPI CERITA NIE TAK HABIS LAGI...


Bila dah jumpe hati pun gembira..
Dia ajak aku makan cendol kat WAHAB'S RESTAURANT..
Tapi dia belanja mmg aku terima jela.. (rezeki jangan ditolak)

BACA LA... ADA LAGI NIE NAK CERITA..


Kawan aku order Cendol+Pulut+Kacang Merah+Ais Krim..
Aku pun sama la dengan order dia..
Alangkah menarik n selera apabila memandang.. (nikmat dunia nie)

RELAKS DULU... NAK TUNJUK GAMBAR NIE..




Maaf la ekk dengan gambar..
Pandai-pandai la tengok ekk arah dye..
Nanti ada masa kita makan sama-sama ekk..
Yang pasti kamu belanja..


Alhamdulillah..
Semangkuk cendol dah boleh kenyangkan perut aku nie...
Thanks to ALLAH..
Thanks to my friend too..

p/s:"Janganlah kamu memberi makanan yang kamu sendiri tidak suka memakannya. (HR. Ahmad)".. Jaga nafsu makan ekk bulan ramadan nie.. sekian.. wassalam.. :-)

Friday, August 5, 2011

MERCUN

Dah lama jugak aku tak bakar duit..
Dah tiba pun Ramadan..
Aku terpaksa la bakar duit nak beli mercun..
Mercun mancis je pun...



Nie la mercun yang aku beli....

Sebab aku beli pun sebab budak2 skang tak main mercun..
Lama jgak tunggu budak2 kecik beli mercun..
Sampai puasa ke-3 terawih yang ke-4..

Tak ada jugak budak main mercun..
Jadi aku, abang aku dengan kawan aku jadi perasmi..
Main kat taman punya la sunyi..

Kalau dulu aku main mercun..
Seronok kot sebab kena kejar ngan orang tua..
Sampai lari tak tau nak pergi mana dah..


Woi.. lari topik beb.. sampai main kejar-kejar pulak..

:-) Maafkan saya.. ("telajak perahu boleh berundur, telajak kata dah merapu jadinya")

Rugi je aku beli mercun nie..
Lagi pun tak patut aku main mercun..
Tak banyak faedah sangat dari main mercun nie..

Dah mercun mancis meletup macam mercun padi..
Bosan kot bila main mercun mancis..
Yela, nak main mercun bola/ketupat tak berani..


p/s: Bak kata Ustaz SMK Taman Melati.. "Jangan cari mudarat dan jangan beri mudarat".. Sekian.. Wassalam.. :-)

SEBULAN dalam SETAHUN

ape nie..?? mesti la bulan Ramadan kan...

Nie la baru nk puasa SEBULAN dalam SETAHUN..
Nie la baru nk terawih SEBULAN dalam SETAHUN..
Nie la baru nk khatam al-Quran SEBULAN dalam SETAHUN..
Nie la baru nk pergi surau/masjid SEBULAN dalam SETAHUN..
Nie la baru nk pergi bazar ramadan SEBULAN dalam SETAHUN..
Nie la baru nk solat tgh malam SEBULAN dalam SETAHUN..
Nie la baru nk main mercun SEBULAN dalam SETAHUN..
Nie la baru nk dapat keluar malam SEBULAN dalam SETAHUN..
Nie la baru nk jaga badan SEBULAN dalam SETAHUN..

malas aku nk senaraikan.. tapi mesti ada niat korang yg tertulis dekat atas nie kan...
kalau tak ada.. tak tau la..

p/s: Allah berfirman (yang ertinya): “Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" [Al-Baqarah : 183]