Monday, March 12, 2012

KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG..?????


Assalamualaikum...

Kenapa kita malas untuk solat..?
5 waktu jer sehari semalam..
BUKAN
50 waktu sehari semalam..

Aku pun pernah tertinggal solat..
Tapi sekarang tidak lagi..
INSYA-ALLAH..


Biasanya ni lah alasan bagi anak muda untuk tidak solat...


Allah Maha Kuasa,

Malaikat mesti kena percaya,

Disuruh sembahyang dijawab apa?

Katanya Aku masih muda..


KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG..?

(Waktu Subuh)


Suasana pagi sungguh sepi,

Rupanya masih dibuai mimpi,

Disuruh sembahyang katanya sebentar lagi,

Tapi cakap takut azab bila mati..


KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG..??

(Waktu Zohor)


Azan Zohor sudah berkumandang,

Filem hindustan sudah tertayang,

Tunggu habis baru hendak sembahyang,

Macam mana ALLAH nak sayang..


KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG..???

(Waktu Asar)


Bersama rakan ke pasar,

Sedap bila makan Nasi Kandar,

Habis waktu Asar baru sedar,

Tinggal solat kan berdosa besar..


KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG..????

(Waktu Maghrib)


Anak muda penuh bertenaga,

Bermain bola hingga ke senja,

Disuruh sembahyang penat jawabnya,

Tapi cakap nak masuk Syurga..


KENAPA AKU MALAS SEMBAHYANG..?????

(Waktu Isyak)


Buletin Utama sudah tamat,

Mata macam nak tutup rapat,

Sebelum Subuh sembahyang pun sempat,

Sempat ke kalau tiba-tiba Kiamat..


Hak milik terpelihara:-

Mohamad Adib Bin Abdul Haris.


P/S: ."Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini"

(Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).