Wednesday, December 30, 2015

KASTURI EMAS


Ini merupakan antara minyak wangi keluaran KASTURI EMAS yang bukan sekadar wangian semata-mata.


PARFUM NATUREL - BLACKOUT

Terdapat empat (4) jenis keluaran wangian KASTURI EMAS yang dikelaskan seperti Blackout.

1. Blackout Morsie
2. Blackout 96
3. Blackout 529
4, Blackout Extinction



1. Blackout Morsie

Haruman yang menaikkan semangat dan sifat berani si pemakai,menyerlahkan karisma kepimpinan dan aura seorang tokoh pejuang. 

Gabungan bahan-bahan seperti citrus, lavender, ylang-ylang, dan patchouli menjadikan haruman ini sangat hebat dan luar biasa.


2.Blackout 90

Wangian ini dicipta KHUSUS buat mereka yang inginkan bau yang BERSIH, SEGAR, dan EKSKLUSIF. Wangianini menyerlahkan gaya seorang EKSEKUTIF MUDA dan ELEGENT. 

Gabungan bahan-bahan seperti Honey, Apple, Rose, Woody Compound, dan Vanilla tentunya membangkitkan lagi semangat seorang anak muda Metroseksual.


3.Blackout 529

Diformulasi KHAS buat mereka yang kuat berpeluh, serta gemarkan aktiviti lasak dan sukan ekstrem. Juga mengekalkan semangat aktif yang kuat dalam diri.

Wangian ini akan memberi anda semangat untuk menzahirkan keyakinan dan memberi sebuah dominasi bau yang bersemangat serta energetik sepanjang hari.


4. Blackout Extinction

Wangian inspirasi dari alam semulajadi. khusus buat mereka yang cintakan ketenangan, kedamaian, dan keindahan.

Dizahirkan dalam aroma kemodenan serta menyerlahkan gaya santai eksklusif si pemakai.


PARFUM NATUREL - JUSTICA

Terdapat empat (4) jenis wangian yang dikelaskan KASTURI EMAS melalui Justica.

1. Justica 17
2. Justica Confession
3. Justica Faceless
4. Justica Bachelor




1. Justica 17

SEGAR, MANIS dan CERIA paling tepat merujuk kepada penghasilan wangian ini. 

Dihasilkan dari bahan-bahan Apple Hijau, Lemon, Ylang-Ylang, dan sari pati buah buahan menjadikan anda Riang, Segar, dan Muda sepanjang hari.


2. Justica Confession

Wangian yang dicipta KHAS  bagi golongan korporat dan mereka yang mempunyai jiwa besar serta naluri seorang ketua.

Gabungan bahan seperti Anggur, High Tenge Lemon, dan Ylang-Ylang pastinya akan menyerlahkan karisma seorang ketua.


3. Justica Faceless

Dicipta khas buat mereka yang punya cita rasa tersendiri dan unik.

Haruman pertama bersama Citrus, High Tinge Lemon, dan diikuti haruman Lavendar terus menaikkan lagi aura bagi si pemakai.


4. Justica Bachelor

Sebuah karya agung hasil kajian kami yang lama, dicipta buat mereka yang mahukan belaian unik dan istimewa.

Penghasilan wangian ini amat EKSKLUSIF kerana ia bertindak balas melalui hormon si pemakai yang tersendiri, tidak sama bagi setiap orang dan lebih menarik, ianya diadun bersama Vanilla dan Rose serta dikuatkan dengan Patchouli dan Ylang-Ylang.




LUXURY EDITION

Wangian bagi Luxury Edition ini berlainan sedikit berbanding Blackout dan Justica kerana bahan-bahan yang digunakan bagi Luxury Edition adalah baha-bahan yang tinggi nilainya.

Terdapat dua (2) jenis Luxury Edition iaitu:

1. Blackout Tonkabien
2. Blackout Mahogany




1. Blackout Tonkabien

Bauan yang Unik, Mistik, dan Elegen daripada kayu terpilih yang sangat sinonim dengan golongan bangsawan. Haruman yang membawa indentiti paling kuat dan garang. Namun disebalik semua itu terserlah satu daya penarik yang cukup menawan.

Bahan utamanya adalah ekstrak khas Kacang Tongka di mana harumannya berteraskan sari pati kayu dan rempah.

(*Tonkabean sangat terkenal di negara Zimbabwe dan Afrika sering digunakan dalam ritual-ritual rawatan dan penyembuhan serta Majlis Perlantikan Ketua-Ketua Puak di sana.)


2. Blackout Mahogany

Kemegahan, Kemewahan, dan Ketinggian nilai sebuah wangian. Menyerlahkan karisma seorang tokoh koperat dan berstatus. Di Barat,formulasi wangian ini sangat terkenal bagi golongan berstatus tinggi.

Diekstrak khas daripada Sandal Wood yang memberikan ilusi pertama tentang haruman kayu yang mempunyai nilai yang sangat tinggi bersama wangian Rose yang terpilih.

(*Kayu yang dipilih adalah mengikut tempoh matang. Kayu yang paling matang adalah berusia 6 tahun)



PEMBELIAN WANGIAN KASTURI EMAS BOLEH LIHAT DI LAMAN FACEBOOK DI SINI (Kasturi Kasturi Original) dan di website Kasturi Emas DI SINI.

Sunday, June 14, 2015

MAMA, KAMI TIDUR LOKAP MALAM NI.

Sebelum aku dan Abang aku dibawa ke lokap Dang Wangi aku meminta izin untuk menghubungi keluarga aku terlebih dahulu. Aku memilih untuk menghubungi mak aku sebab aku lebih risaukan mak aku. Mak aku satu-satunya perempuan dalam ahli keluarga aku jadi itu yang membuatkan aku memilih mak aku.

ASP hubungi mak aku gunakan telefon pejabat mereka. Aku cuma melihat perilaku ASP daripada depan pintu. ASP mula memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada emak aku dan kau tahu apa mak aku jawab? MAK AKU NAK WIFI DEKAT RUMAH NI DIPULANGKAN BALIK SEBAB NAK BUAT KERJA GUNA INTERNET.


Sebelum aku dan Abang aku dibawa ke lokap Dang Wangi aku meminta izin untuk menghubungi keluarga aku terlebih dahulu. Aku memilih untuk menghubungi mak aku sebab aku lebih risaukan mak aku. Mak aku satu-satunya perempuan dalam ahli keluarga aku jadi itu yang membuatkan aku memilih mak aku.

ASP hubungi mak aku gunakan telefon pejabat mereka. Aku cuma melihat perilaku ASP daripada depan pintu. ASP mula memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada emak aku dan kau tahu apa mak aku jawab? MAK AKU NAK WIFI DEKAT RUMAH NI DIPULANGKAN BALIK SEBAB NAK BUAT KERJA GUNA INTERNET.

ASP tak sempat beritahu yang aku dan Abang aku akan dibawa ke lokap Dang Wangi. Aku nampak ASP mula meninggikan suara dekat mak aku katanya kepada mak aku supaya risaukan anak-anak iaitu aku dan Abang aku sebab nak dibawa masuk lokap dan bukannya modem Wifi yang dirampas untuk siasatan. Jadi aku minta supaya izinkan aku bercakap dengan mak aku supaya aku dapat perjelaskan dekat mak aku.

ASP tersebut bersetuju dan berikan telefon kepada aku. Aku beri salam dengan rasa sebak kerna risaukan mak aku dan mak aku jawab salam lepas tu mak aku cakap "ADIB CAKAP DEKAT POLIS TU PULANGKAN WIFI RUMAH NI BALIK, MAMA NAK BUAT KERJA PUN PAYAH." Aku jadi pening dengan mak aku sebenarnya dia tahu tak malam ni aku akan dibawa ke lokap dan wifi lebih dia minta dipulangkan daripada anak-anak dia. HAHAHAHA.

Aku jelaskan modem wifi dan rooter tak dapat dipulangkan buat masa ni untuk siasatan dan aku perjelaskan yang aku kena tidur lokap malam ni dan mak aku jawab dengan tenang dia okay je. Cuma mak aku tanya berapa lama aku akan ditahan dan boleh ke berjumpa dengan aku? Aku cuma minta mak aku jangan terlalu risaukan aku dan Abang aku sebab kami okay-okay je dekat sini.

Sebelum tamat perbualan dengan mak aku. Mak aku pesan sekali lagi "ADIB, MINTA POLIS PULANGKAN WIFI MAMA". Haih, penat nak cakap dah. Mak aku tak risaukan aku sangat dan mak aku tak ada nak marah-marah atau kecewa dengan aku sebab mak aku yakin aku dan Abang aku tak salah. Lepas tu kalau tak silap aku bagi Abang aku pula bercakap dengan mak ayah aku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas aku dan Abang aku dibebaskan daripada lokap aku cuba bertanya dengan mak aku. Mak aku tak kisah dengan apa yang jadi dengan aku ni ke? Mak aku jawab "TIPULAH KALAU SEORANG MAK TAK ADA SENTUHAN BILA ANAK-ANAK KENA MACAM NI, TAPI KALAU TEMPAT NI UNTUK KAU BELAJAR MAMA OKAY."

Lega aku bila dengar mak aku jawab macam ni. Bukanlah mak aku risaukan wifi lebih daripada aku dengan Abang aku sebenarnya cuma mak aku tahu aku dan Abang aku tak bersalah jadi tak la risau sangat dekat kteorang. HAHAHAHA.

Sempena HARI IBU aku nukilkan kisah ini istimewa buat MAMA aku. Selamat Hari Ibu MAMA. I Love You.

Monday, May 18, 2015

MALAM PERTAMA



Pukul 2 petang baru selesai mengambil wudhuk untuk solat Zohor tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan panggilan salam daripada individu tidak dikenali. Aku lihat disebalik kaca pintu depan rumah kelihat ramai lelaki mula memasuki pintu pagar menuju ke pintu rumah aku.

Aku buka pintu dengan menjawab pangilan salam individu tersebut. Kelihatan hampir 10 individu dan seorang daripada mereka telah memperkenalkan dirinya sebagai ASP yang bekerja di Bukit Aman dan bertanyakan kepada aku siapa individu bernama Mohamad Adib. Aku mengaku yang akulah Adib yang dia tanyakan. Kemudian dia meminta izin untuk masuk ke dalam rumah, jadi aku izinkan.

ASP cuba bertanyakan soalan kepada aku sama ada aku tahu atau tidak alasan dia datang ke rumah aku. Jadi aku jawab tak tahu. Dia bertanyakan soalan lain sama ada aku tahu atau tidak apa yang telah aku buat. Sekali lagi aku jawab aku tak tahu. ASP tunjukkan gambar daripada telefon dia tentang 'post' aku yang kononnya ingin memercunkan mahkamah melalui poster gambar yang telah tersebar.

ASP perjelaskan bahawa aku ditahan dibawah SOSMA kerana mengugat perlembagaan berparlimen. Jadi aku di bawa ke Bukit Aman untuk diambil keterangan. Laptop dan telefon aku diambil untuk siasatan. Aku kesian dengan Abang aku yang tak bersalah pun kena sekali sebab mungkin Abang aku dituduh bersubahat. Abang aku belum mandi lagi masa tu. HAHAHA.

Di Bukit Aman kami duduk di Pejabat Jenayah Terkelas. Laptop, telefon, external hardisk, pendrive semua kena tangkap gambar dan katanya akan dihantar ke SKMM untuk siasatan. Kami menunggu daripada masa dibawa ke Bukit Aman dalam pukul 3 petang kalau tak silap sehingga mereka habis waktu kerja selepas Maghrib.

Tiba-tiba mereka kata kami terpaksa bermalam di lokap Dang Wangi. Aku memang dah redha masa tu tapi kesian dekat Abang aku sekali lagi, hahahaha. Kami dapat 'request' lokap asing dengan yang lain maksudnya duduk lokap sorang-sorang dalam tu senang sikit nak buang hajat. Sebelum aku bermalam untuk kali pertama di lokap. Aku minta izin untuk menghubungi keluarga aku terlebih dahulu takut mereka risaukan aku dan Abang aku.