Pukul 2 petang baru selesai mengambil wudhuk untuk solat Zohor tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan panggilan salam daripada individu tidak dikenali. Aku lihat disebalik kaca pintu depan rumah kelihat ramai lelaki mula memasuki pintu pagar menuju ke pintu rumah aku.
Aku buka pintu dengan menjawab pangilan salam individu tersebut. Kelihatan hampir 10 individu dan seorang daripada mereka telah memperkenalkan dirinya sebagai ASP yang bekerja di Bukit Aman dan bertanyakan kepada aku siapa individu bernama Mohamad Adib. Aku mengaku yang akulah Adib yang dia tanyakan. Kemudian dia meminta izin untuk masuk ke dalam rumah, jadi aku izinkan.
Aku buka pintu dengan menjawab pangilan salam individu tersebut. Kelihatan hampir 10 individu dan seorang daripada mereka telah memperkenalkan dirinya sebagai ASP yang bekerja di Bukit Aman dan bertanyakan kepada aku siapa individu bernama Mohamad Adib. Aku mengaku yang akulah Adib yang dia tanyakan. Kemudian dia meminta izin untuk masuk ke dalam rumah, jadi aku izinkan.
ASP cuba bertanyakan soalan kepada aku sama ada aku tahu atau tidak alasan dia datang ke rumah aku. Jadi aku jawab tak tahu. Dia bertanyakan soalan lain sama ada aku tahu atau tidak apa yang telah aku buat. Sekali lagi aku jawab aku tak tahu. ASP tunjukkan gambar daripada telefon dia tentang 'post' aku yang kononnya ingin memercunkan mahkamah melalui poster gambar yang telah tersebar.
ASP perjelaskan bahawa aku ditahan dibawah SOSMA kerana mengugat perlembagaan berparlimen. Jadi aku di bawa ke Bukit Aman untuk diambil keterangan. Laptop dan telefon aku diambil untuk siasatan. Aku kesian dengan Abang aku yang tak bersalah pun kena sekali sebab mungkin Abang aku dituduh bersubahat. Abang aku belum mandi lagi masa tu. HAHAHA.
Di Bukit Aman kami duduk di Pejabat Jenayah Terkelas. Laptop, telefon, external hardisk, pendrive semua kena tangkap gambar dan katanya akan dihantar ke SKMM untuk siasatan. Kami menunggu daripada masa dibawa ke Bukit Aman dalam pukul 3 petang kalau tak silap sehingga mereka habis waktu kerja selepas Maghrib.
Tiba-tiba mereka kata kami terpaksa bermalam di lokap Dang Wangi. Aku memang dah redha masa tu tapi kesian dekat Abang aku sekali lagi, hahahaha. Kami dapat 'request' lokap asing dengan yang lain maksudnya duduk lokap sorang-sorang dalam tu senang sikit nak buang hajat. Sebelum aku bermalam untuk kali pertama di lokap. Aku minta izin untuk menghubungi keluarga aku terlebih dahulu takut mereka risaukan aku dan Abang aku.

No comments:
Post a Comment