Sebelum aku dan Abang aku dibawa ke lokap Dang Wangi aku meminta izin untuk menghubungi keluarga aku terlebih dahulu. Aku memilih untuk menghubungi mak aku sebab aku lebih risaukan mak aku. Mak aku satu-satunya perempuan dalam ahli keluarga aku jadi itu yang membuatkan aku memilih mak aku.
ASP hubungi mak aku gunakan telefon pejabat mereka. Aku cuma melihat perilaku ASP daripada depan pintu. ASP mula memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada emak aku dan kau tahu apa mak aku jawab? MAK AKU NAK WIFI DEKAT RUMAH NI DIPULANGKAN BALIK SEBAB NAK BUAT KERJA GUNA INTERNET.

ASP tak sempat beritahu yang aku dan Abang aku akan dibawa ke lokap Dang Wangi. Aku nampak ASP mula meninggikan suara dekat mak aku katanya kepada mak aku supaya risaukan anak-anak iaitu aku dan Abang aku sebab nak dibawa masuk lokap dan bukannya modem Wifi yang dirampas untuk siasatan. Jadi aku minta supaya izinkan aku bercakap dengan mak aku supaya aku dapat perjelaskan dekat mak aku.
ASP tersebut bersetuju dan berikan telefon kepada aku. Aku beri salam dengan rasa sebak kerna risaukan mak aku dan mak aku jawab salam lepas tu mak aku cakap "ADIB CAKAP DEKAT POLIS TU PULANGKAN WIFI RUMAH NI BALIK, MAMA NAK BUAT KERJA PUN PAYAH." Aku jadi pening dengan mak aku sebenarnya dia tahu tak malam ni aku akan dibawa ke lokap dan wifi lebih dia minta dipulangkan daripada anak-anak dia. HAHAHAHA.
Aku jelaskan modem wifi dan rooter tak dapat dipulangkan buat masa ni untuk siasatan dan aku perjelaskan yang aku kena tidur lokap malam ni dan mak aku jawab dengan tenang dia okay je. Cuma mak aku tanya berapa lama aku akan ditahan dan boleh ke berjumpa dengan aku? Aku cuma minta mak aku jangan terlalu risaukan aku dan Abang aku sebab kami okay-okay je dekat sini.
Sebelum tamat perbualan dengan mak aku. Mak aku pesan sekali lagi "ADIB, MINTA POLIS PULANGKAN WIFI MAMA". Haih, penat nak cakap dah. Mak aku tak risaukan aku sangat dan mak aku tak ada nak marah-marah atau kecewa dengan aku sebab mak aku yakin aku dan Abang aku tak salah. Lepas tu kalau tak silap aku bagi Abang aku pula bercakap dengan mak ayah aku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas aku dan Abang aku dibebaskan daripada lokap aku cuba bertanya dengan mak aku. Mak aku tak kisah dengan apa yang jadi dengan aku ni ke? Mak aku jawab "TIPULAH KALAU SEORANG MAK TAK ADA SENTUHAN BILA ANAK-ANAK KENA MACAM NI, TAPI KALAU TEMPAT NI UNTUK KAU BELAJAR MAMA OKAY."
Lega aku bila dengar mak aku jawab macam ni. Bukanlah mak aku risaukan wifi lebih daripada aku dengan Abang aku sebenarnya cuma mak aku tahu aku dan Abang aku tak bersalah jadi tak la risau sangat dekat kteorang. HAHAHAHA.
Sempena HARI IBU aku nukilkan kisah ini istimewa buat MAMA aku. Selamat Hari Ibu MAMA. I Love You.